Bekas Pemandu F1 Maut Nahas Ketika Berlumba

PEMANDU liga Indy Car yang juga merupakan bekas pemandu Formula One, Justin Wilson dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala ketika berlumba di Litar Pocono, Pennysylvania, Amerika Syarikat, Ahad lalu.

Wilson meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di hospital berdekatan.

Pemandu British berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala sebaik serpihan jentera yang dinaiki pemandu lain menghempapnya.

Berita kematiannya itu diumumkan oleh IndyCar dan Wilson dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarganya.

Pemandu profesional itu meninggalkan seorang isteri, Julia dan dua anak perempuan berusia tujuh dan lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

justin1

https://www.youtube.com/watch?v=P7EFP_wr2fo

https://www.youtube.com/watch?v=P7EFP_wr2fo

Leave a Reply

Your email address will not be published.