Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PATI Bertambah, Pembukaan...

KLANG : Jumlah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangka bertambah ekoran pembukaan...

MB Kelantan Umum Ahad,...

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebentar tadi mengumumkan hari...

Penemuan 3 Mayat Dalam...

ORANG awam digemparkan dengan penemuan tiga mayat lelaki di tiga lokasi berasingan di...

Hujan Lebat Buruk Lagi...

BEIJING - Hujan lebat yang diramal berlaku hari ini hingga esok, dijangka memburukkan...

ARRC Perkenal Format Superpole Ganti Pusingan Kelayakan UB130cc

SAINGAN pusingan kelayakan Underbone 130cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim 2015 akan menjadi lebih dramatik apabila pihak promoter kejuaraan memperkenalkan format Superpole bagi menggantikan sesi 40 minit ujian kelayakan bermula pada pusingan pertama yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Bermula musim 2015 yang juga merupakan musim ke-20 ARRC, penentuan grid 10 pelumba terbaik kini ditentukan dengan format Superpole yang turut digunakan dalam kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di mana setiap seorang pelumba akan dilepaskan berselang 15 saat untuk melakukan satu pusingan latihan sebelum catatan masa diambil pada pusingan kedua dan akan kembali ke padok pasukan.

Situasi ini berbeza dengan keadaan sekarang di mana pelumba mempunyai 40 minit ujian kelayakan dengan kebanyakan pelumba akan menggunakan 30 minit pertama untuk mendapatkan pelarasan terbaik sebelum melakukan percubaan mendapatkan masa terbaik pada 10 minit terakhir.

Format baharu ini juga menyaksikan pelumba akan merebut kedudukan grid secara individu berbanding secara berkumpulan atau kelompok pelumba yang ramai di litar.


“Sesi Superpole menjadikan persaingan memburu grid perlumbaan akhir kategori CP130 di Cub Prix menjadi lebih dramatik, dan kami yakin situasi serupa juga di ARRC ini,” jelas Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing (TWMR), Ron Hogg.

“Penonton yang hadir juga akan dapat menyaksikan saingan lebih menarik melibatkan pelumba-pelumba kegemaran mereka. Untuk setiap pelumba dan pasukan pula, mereka perlu bekerja keras dan merancang strategi serta mendapatkan pelarasan terbaik dari seawal sesi latihan bebas lagi sebelum beraksi di Superpole,” tambahnya.

Pelumba-pelumba yang beraksi dalam kategori ini juga menyambut baik pengenalan format baharu ini kerana menjadikan ia lebih mencabar dan penuh kejutan.” – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori