Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Pelajar Sarjana Bebas...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar sarjana di sebuah universiti awam menarik nafas...

Kadar Khas RM50 Saman...

PUTRAJAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula...

Dua Datuk Didakwa Terima...

TAIPING - Dua ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Penyokong Liverpool Mahu Jadi...

LONDON - Kehebatan pemain Liverpool ini tidak dapat disangkal lagi. Malah nama Mohamed...

Annuar Nafi Berbalah Dengan Dr. Vida

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak pernah bersengketa dengan penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida.

Sehubungan itu, Annuar dalam laman Facebook beliau menempelak laporan beberapa akhbar hari ini kononnya pasukan Kelantan kini terdiri daripada dua kem disebabkan perbalahan diantara beliau dan Dr. Vida.

“Lucu molek set surat khabar pun. Kuat dia buboh aji no moto..berbalah laaa..dua kem laa..gomo la sekat nok nok awe wei.

“Yang pasti tiada kem, tiada perbalahan. Ambo royak fakta dan bukan komplen sebab ambo nak semua orang dapat gambaran jelas. Pasukan Kelantan ni hak orang ramai. Mereka perlu tau kedudukan sebenar terutama bila media terlebih spin,” katanya.

Sehubungan itu, Annuar menegaskan tiada sebarang masalah yang berlaku diantara beliau dan Dr. Vida kerana kedua-dua mereka sentiasa berhubung secara dalam talian untuk berbincang tentang perkembangan bola sepak Kelantan.


Mynewshub semalam melaporkan pendedahan Annuar bahawa Dr. Vida baru menyumbang sebanyak RM1.4 juta untuk pasukan itu pada musim ini.

Jelas beliau, jumlah itu belum mencapai tajaan yang dipersetujui oleh Dr. Vida sebelum ini iaitu sebanyak RM4 juta setahun.

“Setelah separuh musim hampir tamat, saya difahamkan Dr. Vida baru menyumbang kira kira RM1.4 juta (sedang semak angka terbaru)..tu pun tiada sebarang tajaan di bayar ke akaun KAFA,” kata Annuar.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori