Anak Saudara Sultan Brunei Ikat Kontrak Dengan Leicester City

ANAK saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq Jefri Bolkiah telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab pendahuulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

Faiq, 17, sebelum ini bermain untuk kelab Chelsea skuad bawah 18 tahun sejak dua tahun lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Faiq mewar-warkan berita itu dengan menulis: “Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak tiga tahun bersama Leicester City.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka.”

Kebolehan Faiq telah lama diintai oleh pencari bakat Leicester City dan dia dijangka bakal mempunyai masa depan yang cerah dengan skuad tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Loading...