Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Nenek Terselamat Meskipun Disengat...

SEORANG wanita tua telah disengat oleh beribu-ribu lebah selepas sarangnya diganggu dan dibaling...

Mahkamah Putuskan Undang-Undang Kunci...

KOTA BHARU - Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis secara sebulat suara memutuskan...

5 MoU Dimeterai Sempena...

KUALA LUMPUR - Syarikat dan agensi kerajaan negara-negara Islam hari ini memeterai lima...

Juri Britain’s Got Talent...

SEORANG budak perempuan yang baru berusia sembilan tahun mendapat perhatian meluas di Internet...

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

SERAMAI 3,000 peminat sukan tanah air membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada majlis menyambut ketibaan kontinjen Sukan Olimpik Rio 2016, hari ini.

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik
Kredit foto: mStar Online

Ketibaan wira dan wirawati negara disambut dengan penuh meriah ahli keluarga, sanak saudara, pihak media dan rakyat Malaysia yang setia menunggu sejak jam 2 petang lagi.

Tepat jam 3 petang, kontinjen negara didahului pemenang pingat perak acara perseorangan badminton lelaki, Datuk Lee Chong Wei keluar dari balai ketibaan mendapat tepukan dan sorakan gemuruh para hadirin.

Chong Wei terus mendakap ke arah isterinya, Datin Wong Mew Choo yang turut membawa dua cahaya mata lelaki mereka, Kingston Lee; 3, dan Terence Lee, setahun.

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

Berbekalkan jambangan bunga dan belon yang bertulis, Superhero Daddy, Chong Wei kemudian terus mendukung anak lelakinya sebelum menuju ke arah pentas utama majlis tersebut.

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

Menunggu di situ, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kemudiannya memulakan majlis dengan membuat pengumuman nama wira dan wirawati yang telah mengharumkan nama negara pada temasya Olimpik Rio yang berlangsung dari 3 hingga 21 Ogos lalu.

Kontinjen negara pulang pada hari ini terdiri daripada barisan atlet dari sukan badminton dan akuatik serta pegawai pengiring dan Ketua Kontinjen negara ke Olimpik 2016, Tan Sri Al Amin Abdul Majid.

Mereka terdiri daripada pemenang pingat perak acara beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, pemenang pingat perak acara beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying serta pemenang pingat perak acara terjun 10 meter papan anjal, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

Pada majlis itu juga, PM turut mengumumkan tambahan insentif sebanyak RM200,000 buat semua pemenang pingat Olimpik 2016.


Ini sekali gus bermakna pemenang pingat perak akan membawa pulang keseluruhan imbuhan berjumlah RM500,000 manakala pingat gangsa pula sebanyak RM300,000.

Sementara itu, Khairy menerusi sidang media selepas majlis sambutan itu diadakan berkata tambahan insentif sebanyak RM200,000 itu adalah satu pengiktirafan baik buat atlet negara.

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

“Saya berada di Rio selama seminggu lebih dan tiada seorang pun yang pernah tanya soal ganjaran kepada saya. Mereka lakukan demi negara,” katanya yang sangat berbangga dengan pencapaian skuad Olimpik Rio kali ini yang merupakan peratusan tertinggi Malaysia berbanding peryertaan Olimpik terdahulu.

Sementara itu, Chong Wei berkata sekembalinya ke tanah air beliau mahu melapangkan fikiran dan berehat terlebih dahulu sebelum kembali ke gelanggang.

“Saya rasa memang kecewa juga (tak menang emas), tiga kali dapat perak dan mungkin sampai sekarang orang tanya saya mahu continue Tokyo 2020, untuk saya, saya tak nak fikir dah. Saya nak rehat dulu. Saya akan kosongkan fikiran dan berehat dulu.

“Saya harap kejayaan kontinjen negara ini dapat menaikkan semangat pemain pelapis negara untuk lebih kompetetif seperti Pandelela Rinong dan penerjun yang lain,” katanya dalam sesi sidang media.

Pesawat Emirates yang dinaiki mereka dari penerbangan transit di Dubai tiba tepat jam 2.30 petang dan diberi penghormatan negara diiringi lima kereta pengiring dan diberi pancutan meriam air selama 30 saat. – MYNEWSHUB.CC

3,000 Sambut Kepulangan Wira/Wirawati Olimpik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori