Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kuku Dan Taring Harimau,...

KUALA LUMPUR - Kuku dan taring harimau serta air mani gajah antara yang...

Sudah Setahun Dikebumikan, Tiba-Tiba...

LAGI kisah unik dari negara seberang, Indonesia. Sebuah perkampungan di Kraton, Yogyakarta dikejutkan dengan...

Penghapusan GST Jejas Pendapatan...

KUALA LUMPUR – Dr. Mahathr Mohamad menyangkal dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan...

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

PERDA Bidas Guan Eng Berhubung Penjualan Tanah Tok Keramat

BUTTERWORTH – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu penjualan tanah milik agensi kerajaan itu di Tok Keramat, Juru, di Seberang Perai Selatan (SPS) pada harga di bawah pasaran.

Pengerusinya, Datuk Shabudin Yahaya berkata Lim seharusnya melihat isu itu dalam pelbagai aspek dan bukan dengan perbandingan harga semata-mata.

Beliau berkata PERDA bukan sebuah agensi untuk mengaut keuntungan, malah penubuhannya lebih kepada membantu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik yang tidak bersandarkan kepada keuntungan.

“Dalam hal ini apabila Lim mengatakan PERDA kerugian lebih kurang RM15 juta, ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan kerana RM15 juta yang dimaksudkan itu adalah perbandingan perolehan dengan nilai semasa.

“Nilai semasa tanah itu lebih kurang RM16 juta tapi PERDA menjualnya pada harga RM1.42 juta. Kalau dilihat memang ada perbezaan hampir RM15 juta tapi keuntungan itu sebenarnya akan dinikmati bakal pembeli rumah di situ kerana ia akan dijual jauh lebih rendah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shabudin berkata pihaknya menjual tanah berkenaan pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Katanya, jika PERDA menjual tanah berkenaan pada harga nilai semasa maka rumah yang akan dibina akan dijual pada harga RM400,000 dan RM1.2 juta, sekali gus tidak dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

“Oleh itu, perlu difahami nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh oleh PERDA telah diagihkan kepada 250 bakal pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah,” katanya.

Semalam, Lim dalam sidang akhbarnya menjemput Shabudin yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka memberikan penjelasan berhubung isu penjualan tanah itu di Bilik Mutiara, Komtar, Ahad ini.

Lim berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri, nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta.


Shabudin berkata tanah itu telah dipecah sempadan kepada 240 lot kecil yang diluluskan Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988.

Namun, beliau berkata projek itu terbengkalai hampir 30 tahun dan tidak dapat dibangunkan kerana masalah mendapan pada Fasa 1 melibatkan 107 rumah yang telah dibina dan kemudiannya terpaksa dirobohkan.

Katanya setelah membuat analisis kos faedah, pihaknya berpendapat projek berkenaan adalah liabiliti jika terus dibangunkan oleh PERDA yang akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta.

“PERDA juga telah membuat keputusan hasil jualan tanah ini hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti dalam kawasan SPS yang berpotensi dibangunkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

“Terkini PERDA telah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah seluas 4.86 hektar (12 ekar) di kawasan SPS untuk menggantikan tanah sedia ada bagi membina lebih banyak rumah kos rendah,” katanya.

Justeru, Shabudin berkata tidak perlu untuk beliau membuang masa bersemuka dengan Lim bagi menjelaskan isu berkenaan dan menasihatkannya lebih fokus kepada skandal penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town.

Beliau berkata pihaknya turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana memfitnah PERDA dalam isu penjualan tanah itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori