Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Jamin Tidak Tumpang...

JOHOR BAHRU - UMNO memberi jaminan tidak akan 'menumpang' kehebatan dan kekuatan Pas...

Najib Terkejut, Sedih Serangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut...

Dr Noor Hisham Bersara...

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah...

Glenn Fredly Meninggal Dunia...

JAKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly disahkan meninggal dunia akibat penyakit meningitis.Menurut...

Fatwa Larang Solat Duduk Dikecam Umat Islam Bangladesh

DHAKA — Sebuah fatwa dikeluarkan badan pemerintah tempatan yang melarang seseorang menjalankan ibadah solat sambil duduk di kerusi ketika berada di dalam masjid mencetuskan kritikan keras umat Islam Bangladesh.

Sebahagian besar rakyat Bangladesh yang majoritinya Muslim menyifatkan fatwa terbaharu itu akan menyebabkan golongan lanjut usia dan mereka yang lemah anggota badan lebih sukar untuk melakukan ibadah fardu tersebut.

The Islamic Foundation, sebuah badan autonomi milik pemerintah pada akhir minggu lalu mengeluarkan fatwa yang mengharuskan umat Islam agar melaksanakan rukun Islam kedua itu hanya di atas hamparan sejadah.

Namun, fatwa berkenaan mengundang kecaman dari sejumlah ulama tempatan dan pegawai kerajaan bahkan dibawa kepada Perdana Menteri, Sheikh Hasina Sheikh Mujibur Rahman dalam mesyuarat kabinet mingguan.

Pemimpin Bangladesh itu ketika mesyuarat tersebut dilaporkan sangat terkejut dengan penerbitan fatwa berkenaan manakala pelbagai organisasi Islam tempatan memberi reaksi marah menentang hujah fatwa terbabit.

“Kami amat membantah keras fatwa yang aneh dan tidak dapat diterima ini,” kata Abdul Latif Nejami menerusi kenyataan bersama diterbitkan kelompok ulama dan tokoh Muslim negara rantau Asia selatan tersebut pada Rabu.


“Kerusi sebenarnya sudah digunakan umat Islam khasnya untuk menggalakkan kurang upaya mudah bersolat di ratusan ribu buah masjid seluruh Bangladesh sejak sekian lama tanpa apa-apa masalah pun,” kata beliau lagi.

Secara tradisional, umat Muslim memang melakukan ibadah solat dengan bersujud di lantai, namun beberapa tahun lalu, masjid-masjid Bangladesh menyediakan kerusi bagi warga emas atau mereka yang sakit tubuh badan.

Dalam pada itu, Ketua The Islamic Foundation, Shamim Afzal berhujah: “Kami menerbitkan fatwa ini dengan menyesuaikan tradisi amalan sunah yang lazim dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Kewujudan kerusi menjejaskan nilai keindahan masjid dan langkah serupa juga dilakukan umat Muslim di India. “Tiada contoh dalil dari Rasulullah solat sambil duduk di atas kerusi,” ujar Afzal. — Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori