Telur Ikan Goreng Berempah Da’bomb

Telur Ikan Goreng Berempah. Terlajak sedap! Selain telur ikan, boleh juga menggunakan daging untuk resepi ini.

Jom layan resepi di bawah ini

Bahan bahan:

Telur ikan
2-3 sudu besar serbuk rempah kari ikan
3 pelepah daun kari
1 biji bawang besar – hiris
1 sudu besar halba campur
4-5 tangkai cili kering – gunting kecil
Garam
Serbuk kunyit

Cara cara:

Telur ikan digaul dengan serbuk rempah kari, garam dan serbuk kunyit. Diperap selama 30 minit.

Goreng bawang besar dan kemudian masukkan cili kering, daun kari dan akhir sekali masukkan halba campur. Bila wangi, tutup api.

teloq

Goreng telur ikan berasingan. Akhir sekali, campurkan telur ikan yang telah digoreng bersama bahan yang digoreng tadi. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

teloq2

Sumber: AzieKitchen

Loading...