Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan bahan:

2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai – dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:

8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi – iku pedas disukai
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup – boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:

Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan

Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.

ss

Tambah sedikit air dan kacau hingga pekat. Perasa garam dan gula dan akhir sekali masukkan bilis yg telah digoreng tadi, kacau sebati.

sss

Tutup api dan sedia dihidangkan.

sssss

 

 

Sumber: Azie Kitchen

Loading...