Puding Trifle Yang Mengiurkan

Bahan bahan:

1 pek kek pound
2 kotak jelly (merah dan hijau)
1 tin buah buahan dalam tin
1 tin susu cair
1 tin air
7 sudu besar gula
4 sudu besar kastard + 1/2 tin air
300 ml Whipped cream
Buah strawberry
Trifle bowl

Cara cara:

1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek.

kek1

2nd layer; masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi. Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka.

kek2

kek3

kek4

Tuangkan kastard di atas jeli sehingga agak agak sedikit mengeras sebelum diletakkan whipping cream.

kek5

kek6

Setelah kastad agak mengeras, bolehlah dituangkan whipping cream. Ratakan permukaan untuk dihias seterusnya.

kek7

Hias dengan menyusun jelli berwarna merah dan hijau secara berselang seli di sekeliling dan dihiaskan dengan buah strawberry segar di tengah tengahnya.

kek 8

Sedia untuk dihidang sejuk sejuk. Senduk ke dalam mangkuk kecil…..

kek9

Sumber: Azie Kitchen

Loading...