Puding Lemak Cendol

Pehh, dengan nama sahaja dah tahu sedap kan? Bagi penulis apa sahaja makanan yang berkaitan dengan cendol ni memang sedap.

Rasanya yang lemak manis membuatkan puding ni sungguh sedap, kalau anda nak tahu rasanya, bolehlah mencubanya.

Bahan-Bahan

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir (saya guna 2 cawan utk 1 1/2 adunan)
4 1/2 cawan santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (toskan)

Cara-cara

Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan ke dalam kuali.

Masak adunan tadi dengan api sederhana sehingga pekat sedikit. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati, pekat dan berkilat. Adunan hendaklah sentiasa di kacau dalam 20 minit

s

ss

Masukkan cendol yang ditos. Kacau sebati selama 5 minit. Angkat dan tuang di dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.

ssssss

Setelah sejuk bolehlah dipotong atau boleh juga menggunakan acuan kecil.

s22

Siap untuk dihidangkan. Sejuk sejuk lagi sedap dan nyaman, pehh meleleh! Selamat mencuba.

dappppp

dappppp22

 

Sumber: Azie Kitchen

Loading...