Jom Pekena Cucur Ikan Bilis

Bagi penulis, cucur ikan bilis ni memang menjadi kegemaran sejak dari kecil sehinggalah dewasa ini.

Lebih-lebih lagi dihidangkan dikala panas-panas dengan teh o. Nyum! Jom kita tengok cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai
3/4 cawan bawang besar putih – potong kecil
1 biji cili merah – potong kecil
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa

cucor3

Satukan kesemua bahan di atas dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya. Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Biarkan seketika.

Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.

Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.

cucor

cucor2

Kalau penulis nampak aje hidangan cucur ikan bilis depan mata, memang licin la pinggan tu. Selamat mencuba!

Sumber: Azie Kitchen

Loading...