Gulai Lemak Cili Padi Tempoyak Ikan Baung

Buat anda yang tertanya-tanya resipi apa kalini, haa jom kita pekena masakan gulai lemak cili pada tempoyak ikan baung.

Cara memasaknya lebih kurang sama dengan masak lemak cili padi Nogori, cuma dimasukkan tempoyak.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan baung
5 tangkai cili padi – ikut suka pedas
1 inci kunyit hidup
Asam keping
Garam
2-3 sudu besar tempoyak
Santan secukupnya

Cara-cara:

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Masakkan santan dan bahan kisar sehingga rata dan masukkan ikan baung. Sentiasa dikacau.

Setelah mendidih, masukkan tempoyak yang dibancuh dengan sedikit air. Masukkan juga garam.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

lauk

 

Sumber: AzieKitchen

Loading...