Gulai Kawah Kambing Kelantan

Memasak gulai kawah menggunakan rempah gulai kawah sangat mudah kerana di dalamnya telah lengkap dengan rempah ratus yang diperlukan. Cuma perlu ditumis bawang dan halia serta dimasukkan garam gula sahaja.

rempahhh

Bahan bahan:

1 1/2 kg daging kambing
2 1/2 sudu besar rempah gulai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawah putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
3 pek kecil santan
1/2 keping gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Garam
Gula

Cara cara;

Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia yang dikisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan rempah gulai dan kacau sehingga agak pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan daging kambing yang telah direbus dengan pressure cooker serta sedikit air rebusan daging. Kacau rata.

dapddd

Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan kerisik, gula Melaka, garam dan gula.

daaaaappp

Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan pecah minyak. Akhir sekali, masukkan asam. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.

Sumber: Azie Kitchen

Loading...