Coconut Shake Klebang Yang Sangat Sedap

Minuman air kelapa muda sememangnya menjadi lumrah dan cukup popular dijual di mana-mana kedai atau restoran.

Tetapi air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pastinya sesuatu yang pelik didengar namun di Klebang ia menjadi perhatian kerana keenakannya membuatkan mereka yang menikmati minuman ini pasti akan datang lagi.

‘Peh, tangkap leleh bro’ itulah ungkapan yang sesuai digunakan jika anda merasai air kelapa segar yang dicampur dengan aiskrim pelbagai rasa yang dikenali dengan nama coconut shake Klebang.

Jangan terkejut jika ternampak orang ramai memenuhi setiap ruang gerai kecil di tepi jalan menjual minuman itu, lebih-lebih lagi di dalam cuaca panas terik.

Bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk setempat malah orang dari luar Melaka dan pelancong asing juga cukup mengenali gerai ini yang sentiasa dipenuhi dengan pelanggan setiap masa.

Coconut shake yang disediakan tidak sama seperti di gerai lain kerana kelazatannya apatah lagi dengan campuran aiskrim, air kelapa, gula, isi kelapa dan air batu begitu membangkitkan selera pengunjung yang menikmatinya.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya anda terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk membawa balik coconut shake begitu juga mereka yang datang mencari tempat duduk sehingga adakalanya terpaksa berebut-rebut.

Segelas coconut shake beserta satu scoop aiskrim vanila ini berharga RM2.00 dan jika anda mahukan dua scoop aiskrim, harganya akan menjadi RM2.50.

coco nuttt

coconut

Loading...