Beriani Daging Kambing Special

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing
4 s/b rempah beriani (bancuh dgn sedikit air)
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil
2 biji tomato buah (belah 4)
3 biji tomato buah ranum (mesinkan dengan 2 cawan air)
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar (belah 4)
4 biji telur – rebus, kupas & kelar1 pokok daun ketumbar (potong kasar)
Garam

Bahan tumbuk

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
Minyak

Cara-cara:

Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

dap

Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.

dap2

dap3

Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.

dap4

dap5

Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.

dap5

dap6

Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, jika terlebih kering, tambahkan sedikit air panas.

dap7

dap8

dap9

Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

dap10

dapnyew

Sumber: AzieKitchen

Loading...