Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Apakah Umat Islam Sedang...

SUKAR untuk dinyatakan: Apakah kita harus menerima hakikat bahawa krisis yang membunuh lebih...

TNB Serah Rumah Baharu...

PADANG RENGAS - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Projek Baiti Jannati Peringkat Negeri...

Rooney, Pemain Teruja Mourinho...

WATFORD - Kapten Manchester United, Wayne Rooney menggambarkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus...

Polis Yakin Dapat Maklumat...

GEORGE TOWN - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kes seorang ahli perniagaan ditembak...

Ayam Goreng Coke Yang ” Terbaik Dari Ladang”

Hah ,hari ini kami nak kongsi satu resepi unik yang mudah dan pastinya lazat hingga menjilat jari!

Tak percaya,cubalah !

Menu pilihan hari ini ialah Ayam Goreng Coke  yang ‘ Terbaik Dari Ladang’

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1 Ekor Ayam ( potong ikut kegemaran anda )
1 Sudu Teh Garam Buluh (garam biasa pun boleh)
2 Sudu Besar Minyak Masak
6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
Sebatang Serai (dipotong halus)
Sedikit Halia (dipotong halus)
Seulas Bawang Besar (dipotong halus)
1 Tin Coca-cola
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
2 Sudu Teh Gula
1 Sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
Mula-mula perap ayam dengan garam selama beberapa minit supaya meresap dan sebati rasanya. Sementara itu, bolehlah anda panaskan minyak dan menumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga naik bau.Ayam yang telah dipotong anda masukkan didalam kuali bersama bahan tumisan tadi.
Kacau bahan-bahan bersama ayam selama dua minit dan masukkan satu (1) tin Coca-cola bersama serbuk pati ayam dan gula bagi menambah keenakan dan rasanya.

Biar mendidih hingga sos menjadi pekat dan bolehla anda hidangkan bersama nasi panas.


resep-tumis-ayam-coca-cola

Resepi mengunakan minuman Coca-cola ini kelihatan pelik tetapi ianya memang lazat.

Ramai dah mencuba, anda bila lagi?-mynewshub.cc

Oleh: Farah R

  • Lagi berita berkaitan:
  • ayam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori