Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

‘Raja Bomoh’ Akan Dipanggil...

MELAKA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata...

PKNS Tawar 72 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan 72 unit kediaman ekslusif...

“Banyak Complaint, Jadilah AJK...

TIZ Zaqyah antara nama pelakon yang disegani di Malaysia kerana aksi lakonanannya mampu...

Jerebu Tidak Jejas Sambutan,...

KUALA LUMPUR - Keadaan berjerebu dijamin tidak menjejaskan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di...

Sedia Pertahan Ayer Hitam, Tak Pandang Remeh Lawan

BATU PAHAT – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedia mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam yang disandangnya jika dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dijangka berdepan dengan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Wee berkata pihaknya tidak gentar namun tidak memandang remeh sesiapapun yang bakal jadi lawannya nanti.

Wee berkata beliau lebih memilih untuk menghormati mana-mana pihak yang mahu bertanding merebut kerusi yang disandangnya kini berbanding memburuk-burukkan lawan.

“Saya menganggap sesiapa yang hendak bertanding di sini sesungguhnya sudah membuat percaturan.

Sesungguhnya (dia) sudah bersedia dari segi mental dan tidak mustahil orang itu memikirkan kemenangan. Kerana kalau tidak kerana kemenangan, kenapa seseorang itu mahu bertaruh di sini?,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Peruntukan khas Biasiswa Universiti China di Yong Peng High School, di sini, hari ini.

Wee berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan beliau mempertahankan kerusi parlimen berkenaan serta penerimaan orang Ayer Hitam dengan calon DAP.

Pada PRU lepas, Wee mengalahkan calon PAS, Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.

Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pengumuman calon parti MCA yang bertanding akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dalam tempoh terdekat.

Katanya, sudah menjadi tradisi kerajaan BN untuk mengadakan perbincangan bersama parti-parti komponen mengenai kerusi-kerusi yang dipertandingkan setiap PRU.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan MCA akan menukar beberapa kerusi yang dipegang MCA dengan parti komponen lain, bagaimanapun perkara itu sedang dalam perbincangan dan belum diputuskan.

Terdahulu, Wee berkata biasiswa berkenaan terbuka kepada 322 pelajar tempatan yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20.7 juta.

“Sehingga kini, seramai 100 pemohon telah mendaftar sejak ia diperkenalkan pada 7 Mac lalu dengan 50 permohonan telah berjaya disenaraipendek jadi masih ada baki kekosongan untuk diisi,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, biasiswa itu ditaja sepenuhnya oleh 10 universiti daripada negara China yang merangkumi kos perbelanjaan seharian, makan minum dan penginapan sepanjang tempoh pembelajaran.

Katanya, 15 daripada 322 permohonan berkenaan dikhususkan kepada pelajar-pelajar dari Yong Peng dengan keutamaan kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

“Jadi tidak semestinya pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi sekiranya dia berasal dari keluarga yang susah, pelajar itu juga boleh membuat permohonan untuk mendapat biasiswa ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori