Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Rekod Keterangan Lelaki...

GEORGE TOWN - Polis telah merekodkan keterangan lelaki yang mengugut untuk memukul seorang...

Tidak Perlu Pinda AUKU...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti...

MP Seremban Daripada DAP...

MIRI - Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook daripada DAP dihalang masuk...

Dakwaan Ahli Parlimen Tak...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menjelaskan dakwaan oleh Ahli...

Wajah Baharu Web BN Beri Pengalaman Terbaik

KUALA LUMPUR – Laman sesawang berwajah baharu Barisan Nasional (BN) www.barisannasional.org.my yang dilancarkan secara rasmi semalam, dijangka mampu memanfaatkan semua pihak dalam memberikan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata laman sesawang itu telah dikemas kini dengan reka bentuk menarik dengan memuat naik maklumat terkini bagi memastikan akses mudah serta menyeluruh untuk rakyat.

“Lebih menarik lagi, laman tersebut turut merangkumi enam bahasa, bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata laman sesawang itu turut dilengkapi ruangan khas ‘Bantuan Kerajaan’ yang menyenaraikan lebih 200 bantuan yang telah disalurkan kepada setiap kelompok masyarakat.

Beliau berkata terdapat juga ruangan khas ‘Janji Ditepati’ yang dilengkapi pencapaian 99.4 peratus manifesto BN yang dijanjikan bersempena pilihan raya umum ke-13 selain ruangan ‘Pencapaian Negara dan Kedudukan Dunia’ yang menyenaraikan pencapaian negara dalam pelbagai aspek.


“Laman ini turut dilengkapi dengan ruangan ‘Saya Nak’, khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk mencari lokasi perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan agensi-agensi,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori