Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPN Desak Henti Isu...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agar semua pihak menghentikan...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini mengumumkan...

Semua ADUN BN Pahang...

KUANTAN - Kesemua 29 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang...

Nik Aziz Sokong Penggantungan...

KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari...

Usaha Bersepadu Perlu Mantapkan Proses Pemberian Bantuan Kerajaan

KOTA BELUD – Usaha bersepadu perlu dibuat bagi memantapkan proses permohonan, verifikasi dan penyaluran bantuan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berkata perkara itu penting bagi memudahkan pemohon terutamanya warga emas menghantar permohonan mereka, sekali gus membantu menyelesaikan masalah masyarakat berkaitan kebajikan.

“Perkara-perkara berkaitan permohonan bantuan kebajikan adalah antara yang paling banyak disampaikan kepada saya dalam tiga bulan ini. Saya fikir ada keperluan untuk penyelarasan dan usaha bersepadu bagi memudahcarakan permasalahan berkaitan bantuan kebajikan ini.

“Oleh itu, saya ingin melihat usaha bersepadu melibatkan program bantuan kebajikan, e-Kasih, touchpoints ADUN serta program peningkatan ekonomi yang bersesuaian dapat diperkasa,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pejabat JPKA Kota Belud, di sini hari ini.

Mengulas mengenai lawatan itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata ia antara lainnya bertujuan untuk mendengar taklimat mengenai permohonan bantuan dan pelbagai isu berkaitan.


“Saya telah meminta salinan daftar senarai penerima bantuan kebajikan di seluruh kawasan Kadamaian supaya kita boleh merancang integrasi program yang bersesuaian.

“Kita juga telah memaklumkan jabatan itu bahawa urusetia pejabat ADUN Kadamaian akan membantu memudahcarakan permohonan serta verifikasi dalam lapangan untuk menentukan permohonan yang dikemukakan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, seramai 1,507 penerima bantuan di bawah Kerajaan Persekutuan dan 633 penerima bantuan Kerajaan Negeri di seluruh Kota Belud. – BERNAMA

Kategori