Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bakti Anjur Program Tanam...

BENTONG - Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai program...

Imigresen Serbu Acara Bola...

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila...

Jejambat Runtuh Dilanggar Lori...

KUALA LUMPUR - Jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa...

Akaun Twitter Edisi Siasat...

Akuan twitter "Whistleblower" paling kontroversi, Edisi Siasat (ES) atau kini dikenali sebagai Edisi...

UMNO WP Tingkat Program Rakyat Berimpak Tinggi

LABUAN – Program kesejahteraan rakyat berimpak tinggi menjadi nadi pendekatan UMNO Wilayah Persekutuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat semua peringkat tanpa mengira bangsa dan agama di Wilayah Persekutuan.

Program mengurangkan kos sara hidup, kebajikan, pendidikan dan pembangunan sukan adalah antara projek pembangunan yang dilaksanakan bagi membantu rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Naib Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata program-program yang dirancang sejak beberapa tahun lalu itu terus dilaksanakan dalam usaha UMNO mensejahterakan rakyat.

“Meskipun pelbagai tohmahan, kritikan dan tuduhan dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap program-program ini, kesemua program telah dirancang dan dilaksanakan sejak sekian lama dan bukannya sebagai memancing sokongan pilihan raya umum ke-14,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada awal Disember.

Turut dilaksanakan, kata Mohd Rafi, yang juga Ketua Pemuda UMNO Labuan, adalah program bantuan kecemasan bencana dan kebajikan warga kurang upaya tanpa mengira masyarakat dan mendekati golongan akar umbi semua kaum.

“Kami telah melancarkan dan melaksanakan pelbagai program bantuan yang mampu mengurangkan bebanan kewangan rakyat, selain itu bantuan kecemasan serta-merta kepada masyarakat yang dilanda musibah,” katanya.

Mohd Rafi, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Umno Wilayah Persekutuan menyusun pelbagai program seperti Program Wilayah Prihatin yang mula dilaksanakan awal tahun 2014 sehingga kini, dan ia akan diteruskan meskipun sehingga PRU14.

Menjelaskan bahawa program Wilayah Prihatin itu melibatkan UMNO bahagian empat peringkat; biro kebajikan bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, dengan melaksanakan program bantuan ihsan mingguan berupa wang tunai dan barang keperluan kepada enam keluarga susah dan kurang berkemampuan, bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi juga di Labuan dan Putrajaya.

Katanya hasil positif kepada rakyat, program Wilayah Prihatin itu diperluaskan pada tahun lalu dengan turut melibatkan kaum lain – Cina, India dan Kadazan-Dusun di Sabah.

“Program ini seterusnya dikenali sebagai ‘BN Care’ yang dikendalikan oleh Pergerakan Wanita parti-parti komponen Barisan Nasional yang menggunakan konsep sama iaitu program bantuan mingguan kepada keluarga susah yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Mohd Rafi berkata bagi mendekati dan merasai denyut nadi rakyat, program ‘Merisik Khabar’ memberikan bantuan wang tunai dan barang keperluan harian kepada 100 keluarga di pusat-pusat daerah mengundi di tiga Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.


“Program ini berjalan sejak pertengahan tahun lepas sehinggalah hari ini, kita harapkan program Merisik Khabar ini mencapai sasaran lebih 30,000 hingga 40,000 keluarga kurang berkemampuan di tiga Wilayah Persekutuan,” katanya.

Mohd Rafi berkata UMNO Wilayah Persekutuan khususnya sayap Pemuda sentiasa melakukan kaji selidik keberkesanan bagi setiap program yang dilaksanakan, bertujuan menilai sama ada ia memberi kesan positif atau perlu penambahbaikan.

“Kita dapati, program Wilayah Prihatin, BN Care dan Merisik Khabar mampu meringankan sedikit-sebanyak beban kewangan warga kurang berkemampuan dalam menjalani kehidupan menghadapi kenaikan kos sara hidup. Rakyat berterima kasih, ini kerana, tanpa perlu mereka meminta, UMNO sendiri datang dan menyalurkan bantuan kepada mereka,” katanya.

Rafi berkata program Wilayah Prihatin yang dimulakan sejak 2014 mampu membantu lebih 10,000 keluarga di tiga Wilayah Persekutuan, begitu juga dengan program BN Care dan Merisik Khabar yang jumlah penerimanya semakin bertambah.

Program ini turut dilakukan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup seperti pemberian baucar bulanan di bawah program ‘Jom Pergi Pasar’ kepada suri rumah oleh Pergerakan Wanita, program ‘Isi Minyak Percuma’ untuk motosikal berkuasa 150cc ke bawah setiap bulan oleh Pemuda serta program pengukuhan kaum.

“Program sebegini mampu membantu meringankan beban pemilik motosikal yang ada sebilangan mereka telah kehilangan pekerjaan berikutan pembuangan pekerjaan sektor minyak dan gas di Labuan… kita lihat lebih 1,000 pemilik motosikal mengambil peluang minyak percuma ini setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata UMNO Wilayah Persekutuan menjangkakan seramai lebih 80,000 pemilik motosikal di tiga wilayah akan menikmati program ini sehingga Disember. – BERNAMA

Kategori