Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Johor Harap Bajet 2018...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor berharap kerajaan pusat akan memberi perhatian terhadap golongan...

Indah Ruhaila Tak Nak...

SELEPAS mengikat tali pertunangan sejak tiga tahun yang lalu, Indah Ruhaila mengakui dirinya...

Pembantu Am, Ejen Insurans...

Kuantan : Pembantu am dan ejen insurans mengalami kerugian keseluruhan berjumlah lebih RM400,000...

Ahmad Razif Akur Bertanding...

KUALA BERANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan...

UMNO Tumpat Akan Jadi ‘Kawan’ PM Najib Selama-Lamanya

TUMPAT – UMNO Bahagian Tumpat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memastikan perdana menteri menerajui Malaysia bagi tempoh yang lama.

Pemangku Ketuanya Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata beliau juga akan memastikan UMNO bahagian itu terus menjadi ‘kawan’ selama-lamanya kepada Najib yang juga presiden parti.

“Dalam politik, (adakalanya) rakan akan jadi musuh dan musuh akan menjadi rakan. Tapi kita (UMNO Tumpat) akan pastikan rakan akan terus menjadi rakan dan kita akan ajar musuh-musuh kita,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang di sini hari ini yang disempurnakan Najib.

Mohd Rosdi berkata UMNO sudah lali dengan pembangkang yang sering menabur fitnah bagi memburukkan kepimpinan negara, namun kesal kerana masih ada ‘bekas’ rakan dalam UMNO yang mengikut telunjuk pembangkang.

“Dan lebih sedih lagi apabila ada rakan yang pernah dianggap sebagai bapa, adik-beradik turut melontarkan fitnah.


“(Bagaimanapun) Matahari tetap matahari walaupun si buta tak dapat melihatnya. Marilah kita bersama dengan Datuk Seri Najib untuk terus memimpin negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan bertuah kerana mendapat seorang perdana menteri yang cakna atau prihatin dengan menyediakan pelbagai projek pembangunan serta peluang pekerjaan.

Beliau berkata antara projek pembangunan yang sedang dijalankan di Kelantan termasuk pembinaan hospital baharu di Kuala Krai dan pembinaan lebuh raya dari Kota Baharu ke Kuala Krai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori