Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 25,000 Pengunjung Hadiri...

REMBAU - Lebih 25,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anggota...

USS John S. McCain:...

KLUANG - Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John...

Rakaman ‘Hantu’ Tolak Pagar...

KAKITANGAN sebuah hospital di Argentina diselubungi perasaan takut apabila menonton rakaman kamera litar...

Bajet 2018 Pacu Ekonomi...

MELAKA – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

UMNO Tak Gentar, Sedia Berdepan Tiga Penjuru

KUALA LUMPUR – UMNO tidak gentar untuk berdepan dengan mana-mana parti pembangkang termasuk PAS sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia bukanlah suatu perkara baharu dalam UMNO dan BN malah ia akan menyukarkan pembangkang.

“UMNO sememangnya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi itu malah kita jangkakan akan mendapat kemenangan besar.

“Tiada masalah bagi UMNO dan BN, kita biasa berdepan dengan situasi  sedemikian dan tetap menang,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam masa yang sama beliau turut menyangkal tanggapan yang mendakwa BN akan berdepan laluan sukar sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Tanggapan itu timbul selepas PAS meninggalkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti rasis DAP dan akan bertanding secara bersendirian.

PAS juga dilaporkan telah mensasarkan 90 kerusi Parlimen termasuk 11 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syed Ali berkata, terpulang kepada PAS sama ada akan meletakkan calonnya di kerusi tradisi UMNO atau terserah kepada pimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya dakwa beliau, PKR merupakan parti yang akan berdepan dengan masalah besar apabila PAS memutuskan kerjasama politik.


“PKR adalah parti serpihan UMNO yang memperjuangkan agenda peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini seolah-olah berada di hujung tanduk.

“Di Selangor contohnya, kemenangan PKR pada PRU-13 yang lalu banyak bergantung kepada ehsan PAS di samping parti rasis DAP yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum di negara ini,” katanya.

Oleh sebab itu katanya, sehingga kini kerajaan PKR di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih keberatan untuk memecat tiga Exco PAS dalam DUN Selangor.

“Sekiranya Azmin mempunyai prinsip dan mengakui kekuatannya, wakil rakyat PAS sepatutnya sudah dipecat sebaik sahaja parti itu memutuskan hubungan dengan PKR,” katanya.

Sehingga kini, tiada sebarang tindakan atau arahan yang dikenakan ke atas tiga Exco PAS di Selangor selepas parti itu menerusi Majlis Syura Ulamak memutuskan untuk menghentikan tahaluf siyasi dengan PKR.

Sebaliknya, PKR hanya memutuskan agar kesemua wakil parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Tindakan PKR itu menurut penganalisis politik tempatan merupakan satu ‘sindiran’ kepada PAS yang dilihat masih enggan berganjak dan mengekalkan jawatan Exconya dalam kerajaan negeri Selangor. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori