Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bakal Pengantin Maut Dihempap...

SEORANG bakal pengantin maut apabila jentera pembajak sawah yang dipandu secara tiba-tiba hilang kawalan...

PH Kuasai Dewan Negara...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) hanya akan menguasai Dewan Negara pada November...

YouTube Red Diumumkan, Langganan...

KINI secara rasminya, Google memperkenalkan YouTube Red, iaitu perkhidmatan baru memfokuskan kepada peminat...

Pecah Cermin Kereta, Warga...

PETALING JAYA - Gara-gara memecahkan cermin depan sebuah kereta menggunakan pasu bunga, seorang...

UMNO Semporna Masuki Pecutan Akhir Hadapi PRU14

SEMPORNA – Persiapan UMNO Bahagian Semporna menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sudah memasuki pecutan terakhir dengan tumpuan seluruh barisan jentera berpaksikan kepada usaha untuk menang, kata Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Beliau berkata dalam tempoh bila-bila masa sahaja PRU14 diumumkan, jentera UMNO Semporna telah 100 peratus bersedia.

“Sejak 20 bulan lepas (selepas memangku jawatan ketua pada Ogos 2016) banyak benda telah kita lakukan (termasuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat) dan sekarang ini merupakan peringkat akhir dan kita telah bersedia,” katanya.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata demikian kepada pemberita selepas program simulasi PRU14: Taklimat Dry Run PRU bersama 400 cawangan UMNO Bahagian Semporna di sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

Dalam pada itu, Nasir terus mengulangi keyakinan bahawa UMNO Semporna dapat mempertahankan sekali gus memenangi kerusi di Parlimen Semporna serta tiga kerusi DUN merangkumi Senallang, Bugaya dan Sulabayan.


“Jentera kita (UMNO) bergerak dan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita minta jentera mengesan kedudukan dan sikap pengundi baharu dan alhamdulillah di Semporna kita telah mengenal pasti dan kini kita siap sedia untuk memenangi keempat-empat kawasan di Semporna,” katanya.

Nasir turut mengingatkan jentera agar terus menggembleng semangat, tahu peranan masing-masing dan memberi tumpuan penuh kepada PRU yang akan dihadapi pada bila-bila masa. – BERNAMA

Kategori