Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Bapa Lalai, Anak...

MALANG tidak berbau. Tindakan seorang bapa yang meletakkan anaknya di bahu akhirnya membawa...

Video: Pelajar Lelaki Tampar...

SEBUAH video yang memaparkan seorang pelajar lelaki menampar seorang pelajar perempuan di dalam kelas...

Keputusan Penuh Liga Europa

PARIS - Berikut keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Europa 2018-19, awal pagi...

Tiada Lagi Tuduhan Gangguan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi boleh mengguna alasan masalah...

UMNO Parti Tradisi, Utamakan Anak Tempatan Sebagai Calon

Dalam penentuan calon untuk pilihan raya, parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan calon sesuka hati dari mana-mana kerana UMNO adalah satu parti tradisi yang telah lama bertapak dalam negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata UMNO perlu melihat kedudukan hierarki bermula daripada yang paling kanan dalam politik dari Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian dan seterusnya.

[BACA – Khairy Ingatkan Belia Jangan Jadi Macai]

“UMNO adalah parti tradisi, kita tidak boleh hantar calon payung terjun dan bertanding di mana-mana, kita biasanya mementingkan orang tempatan untuk dicalonkan,” kata Khairy dalam program Evolusi Politik Anak Muda Malaysia di Kelana Jaya malam tadi.

KJAkademi_3

Beliau mengulas tindakan DAP sebelum ini yang meletakkan beberapa calon ‘payung terjun’ kononnya orang muda untuk bertanding sebagai contoh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud yang berasal dari Johor dan bukan Perak.

PRK itu menyaksikan pertembungan Dyana Sofya bertemu dengan Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong yang menyaksikan BN menang kerusi Parlimen itu.

Khairy berkata DAP pada masa itu dilihat seperti mahu memperkenalkan calon orang muda pada pilihan raya sebagai langkah seperti meremajakan parti DAP tetapi hakikatnya ia hanya sebagai satu ilusi mengaburi mata rakyat.

Bagaimanapun bagi UMNO, sebuah parti yang wujud sekian lama ia akan meneliti semua calon-calon layak di peringkat anak tempatan sebelum kerana mereka mampu memberikan bakti kepada rakyat setempat untuk mencari calon boleh menang.

http://youtu.be/UJQWDgpWXU4


Khairy mengambil contoh pemilihan calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail yang merupakan anak tempatan tetapi dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan bukan kepimpinan UMNO Bahagian di situ.

Pada PRK itu 25 September lepas, Mat Razi menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi meningkat 899 undi berbanding kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 iaitu 1,736.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dari penonton yang ingin melihat adakah boleh UMNO meletakkan calon-calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai salah satu langkah dalam meremajakan UMNO.

KJAkademi_2

Berkenaan program malam ini, Khairy berucap pada forum edisi pertama di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) yang baru diwujudkan sebagai pusat latihan yang akan menganjurkan kursus politik untuk melahirkan tokoh pemimpin parti pada masa hadapan.

Menurut Khairy, sebagai permulaan akademi itu akan menganjurkan kursus pendek berkenaan kepimpinan dalam masa tiga minggu dan sesinya akan dijalankan pada hujung minggu.

Pada sesi itu aktivis muda yang banyak berkait dengan Pakatan Rakyat, Adam Adli turut hadir tetapi meninggalkan forum sebelum sesi soal jawab bermula. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K | Foto : RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori