Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Aeril, Wawa Kena Kecam...

SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa...

Singapura Kutuk Serangan Pengganas...

SINGAPURA - Singapura mengutuk serangan pengganas di London, United Kingdom pada Sabtu, kata...

PNB Umum Dividen ASB...

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana...

Laporan Awal Tragedi MH17...

JASIN - Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak...

UMNO Mahu Guan Eng Disiasat Akta Hasutan

KEPALA BATAS – Umno Bahagian Kepala Batas mahu Lim Guan Eng disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah ALLAH adalah berbaur hasutan.

Naib Ketuanya Abdul Razak Ahmad berkata kenyataan Lim itu juga adalah satu provokasi melampau dan pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.

“Tindakan Lim membangkitkan semula isu penggunaan kalimah ALLAH termasuk menegaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada orang bukan Islam dilihat menggambarkan keangkuhan ketua menteri itu.

“Kami (Umno Kepala Batas) kesal dengan kenyataan Lim yang dilihat sengaja memainkan isu kalimah ALLAH,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Lim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, di sini hari ini.

Jumaat lepas beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah ALLAH.

Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah ALLAH yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.


Abdul Razak berkata sebagai orang nombor satu di negeri ini Lim sepatutnya sedar dan menghormati orang Islam selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang yang telah diputuskan.

Beliau berkata kenyataan Lim itu juga jelas menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti negeri.

“Ini bukan kali pertama Lim membangkitkan isu kalimah ALLAH dan amalan orang Islam yang kita lihat seperti membawa mesej bahawa beliau tidak memerlukan sokongan orang Melayu dan umat Islam.

“Beliau perlu sedar Ketua Menteri bukan bertanggungjawab untuk mempertahankan hak sekelompok rakyat semata-mata tetapi harus memperjuangkan hak keseluruhan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=KQ8evQZZGig

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori