Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Di Maghribi:...

Kuala Lumpur : Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi...

Tahanan Ada Kunci Pendua,...

GEORGE TOWN - Seorang tahanan yang dipercayai mempunyai kunci pendua gari melarikan diri...

BERSATU Kekal Sokong Mahathir...

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan sokongan...

UMNO Fail Permohonan Batal...

KUALA LUMPUR - UMNO memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas ahli Wanita...

UMNO Kedah Teliti Nama Calon Wanita Untuk PRU14

ALOR SETAR – UMNO negeri sedang meneliti nama daripada kalangan wanita UMNO untuk diketengahkan bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata buat masa ini, nama-nama berkenaan telah diterima untuk dipertimbangkan sebelum ianya dibawa ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan.

Katanya, tidak menjadi kesalahan untuk meletakkan calon wanita bertanding di mana-mana kawasan pilihan raya jika calon yang mewakili parti Barisan Nasional (BN) itu boleh memenangkan parti pada PRU14 nanti.

“Memang kita sedang analisa satu persatu senarai nama ini kerana kita nak senarai yang kita letak ini orang yang mampu menjalankan tugas dan boleh diterima oleh pengundi dan masyarakat di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Wanita Cemerlang Sempena Hari Wanita 2017 di Wisma Negeri di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, seramai 31 wanita termasuk dua exco kerajaan negeri menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh isteri menteri besar, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Datuk Suraya Yaacob serta Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Antara penerima lain ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri Datuk Sepiah Isa, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Yayasan Sultanah Bahiyah Datin Ramizan Ibrahim, Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Nor Azura Mohamed Zohdi dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.


Selain itu, pelayar wanita pertama Malaysia di Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohamad Latif dan pemain bola jaring yang memenangi emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Izyan Syazana Wazir; Pengarah Pendidikan negeri Datuk Azuyah Hassan serta bekas Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Datuk Munirah Abdullah Bajanuddin turut mendapat pengiktirafan tersebut.

Anugerah Wanita Cemerlang itu bertujuan menghargai peranan dan sumbangan kaum wanita dalam aspek politik, ekonomi, sukan, undang-undang, pendidikan dan latihan, agama, media serta pembuat keputusan.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan terus membuka ruang dan peluang kepada kaum wanita dalam usaha mempertingkatkan tahap sosioekonomi mereka. – BERNAMA

Kategori