Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dipenjara 64 Tahun, Juruteknik...

MELAKA : Gara-gara melarikan seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah di Klang,...

Parlimen Indonesia Setuju Sahkan...

KUALA LUMPUR - Parlimen Indonesia bersetuju untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Pengguna Perlu Bijak Buat...

PENDANG - Pengguna perlu bijak membuat pilihan dan pembelian bagi mendapatkan barangan keperluan...

Jamawi Nafi Beri Wang,...

KOTA KINABALU - Calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap,...

UMNO Bukan Parti ‘Sesat’ – PAS

KUALA LUMPUR – PAS Pusat mengingatkan ahli dan para penyokongnya bahawa UMNO bukan sebuah parti ‘sesat’ seperti yang didakwa ahli dan penyokong parti pembangkang lain.

Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, PAS tidak pernah melihat Umno sebagai sebuah parti yang sesat, sebaliknya melihat UMNO sebagai sasaran dakwah parti itu.

Beliau mengingatkan tentang sejarah pembentukan kumpulan serpihan PAS dikenali sebagai Islah pada tahun 1989 kerana membantah strategi politik PAS membentuk kerjasama dengan parti serpihan UMNO.

“Mereka (Islah) menolak kerjasama ini kerana menganggap UMNO adalah sebuah parti yang sesat, sedangkan PAS melihat Umno sebagai sasaran dakwah mereka,” katanya dalam satu kenyataan berhubung sejarah PAS hari ini.

Mohd. Fadli menerangkan, kumpulan Islah itu menimbulkan masalah kepada PAS sejak ditubuhkan sehingga diberi amaran oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menuru beliau, sewaktu pemilihan Ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan Sesi 1989-1991, pemimpin PAS yang terlibat dengan kumpulan itu telah digugurkan.

Katanya, mereka yang digugurkan itu bertindak balas terhadap dengan mengadakan beberapa perhimpunan dan program atas nama PAS, tetapi untuk menyerang dan mengkritik PAS secara terbuka.


Justeru, katanya, PAS pada 22 Februari 1990 berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penggunaan nama PAS oleh kumpulan Islah dalam semua kegiatannya.

“Setelah itu, Kumpulan Islah tidak dapat lagi menyalahgunakan nama PAS walaupun pada ketika tertentu mereka dikenali juga sebagai PAS 51,” katanya.

PAS waktu ini sedang berhadapan situasi serupa apabila beberapa bekas pemimpinnya yang disingkirkan kerana pro-DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN).

PAN yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kemudian menyertai PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan untuk membantu DAP dan PKR mencapai cita-cita memerintah negara ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori