Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Nafi Akan Dirombak

PUTRAJAYA -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan...

The Shore Oceanarium Melaka...

MELAKA - The Shore Oceanarium menyasarkan peningkatan antara 10 hingga 20 peratus kedatangan...

Kastam Sabah Rampas 8kg...

KOTA KINABALU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine...

Maraton Malam BSN Putrajaya...

PUTRAJAYA - Maraton Malam BSN Putrajaya (BSNPNM) yang dijadualkan Sabtu ini dibatalkan berikutan...

‘Uli’ Fakta 1MDB: The Edge, Sarawak Report Disiasat

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada portal dan akhbar mingguan perniagaan di Malaysia yang memutar belit fakta berkenaan syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperolehi dari Pegawai Syarikat PetroSaudi.

Menurut Zahid, kementeriannya mendapati informasi dari Xavier Andre Justo, individu yang telah ditahan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu, telah diperolehi secara tidak sah.

“Banyak maklumat diperolehi secara tidak benar dan faktanya juga diuli untuk memperlihatkan seolah-olah ada perbuatan di luar tataetika urus niaga dan perundangan.

1MDB: Pakar Siber Dakwa Data Sumber Diubah Suai

“Menguli berita dan fakta ini jelas daripada kajian setakat ini ada niat tersirat yang buruk dilakukan pihak berkenaan.

“Ia dimuat turun dan dianalisis akhbar mingguan perniagaan di Malaysia dan portal berita atas talian,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam.

Susulan kes berkenaan, Zahid kini sedang mempertimbangkan untuk mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.


“KDN dimaklumkan bahawa Xavier Andrea Gusto merupakan individu yang menyalurkan maklumat yang tidak tepat kepada blog politik Sarawak Report sehingga mencetuskan tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB,” ujar beliau yang turut berkata, akhbar The Edge adalah akhbar mingguan yang dimaksudkannya itu dan ia telah memetik kenyataan tak tepat itu dari portal Sarawak Report.

Lantas itu, Zahid berkata, siasatan akan dibuat terlebih dahulu bagi mengenal pasti akta yang sesuai untuk pendakwaan, namun bagi penerbitan The Edge, Akta Penerbitan dan Percetakkan (1984) akan digunakan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Polis Saudi Tahan Pekerja IT PetroSaudi Bocor Maklumat 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori