Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu 2 Anak Tak...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi...

Mawla Amin Bukan Warga...

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed...

Boeing Hantar Pesawat 737-700...

KUALA LUMPUR - Pembuat kapal terbang iaitu Boeing telah menghantar pesawat 737-700 yang...

Sekarang Baru Hendak Cakap...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa menempelak Nga Kor Ming sambil mengingatkan...

Ulama PAS Perlekeh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah harus kerana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mendakwa, hukum pelaksanaan GST bukan pada bagaimana ia dibelanjakan dan sejauh mana kerajaan memerlukan kewangan tetapi menjurus kepada bagaimana sistem percukaian itu berfungsi.

“GST dikenakan berdasarkan perbelanjaan rakyat. Selagi mana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan maka sistem percukaian ini gagal membezakan antara orang kaya berkemampuan atau orang miskin. Kedua -dua golongan ini tetap akan dikenakan cukai enam peratus apabila membeli dan mendapatkan perkhidmatan.

“Di sinilah cukai GST tidak menepati konsep pengharusan cukai dalam Islam iaitu syaratnya tidak boleh dikenakan kepada golongan miskin. Justeru, saya masih lagi menegaskan bahawa sistem percukaian GST adalah bercanggah dengan syarat keharusan cukai dalam Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin semalam berkata, pelaksanaan GST adalah harus bagaimanapun perlu berpandukan kepada enam parameter syarak yang digariskan jawatankuasa tersebut.

Antaranya, kata beliau, kerajaan komited bahawa tujuan kutipan adalah untuk melaksana dan meningkatkan syariat Islam.

Ia juga harus bersandarkan syarat bahawa kerajaan memerlukan sumber kewangan untuk pembangunan umum seperti membina jalan raya, membantu orang miskin atau membina hospital.

Cukai yang dikutip hendaklah juga hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan hajiyat iaitu memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat dan negara.


“Harus, selagi bebanan cukai dikutip secara adil, cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat dan agihan cukai hendaklah bertepatan, adil dan mengikut pandangan ahli ulama atau pakar semasa dan setempat,” katanya.

Abd. Shukor turut menolak dakwaan PAS bahawa keputusan jawatankuasa itu berkenaan GST adalah berdasarkan hujah yang longgar dan tidak menepati hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah.

Katanya selain mendapat pandangan ulama, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan intensif yang disediakan kumpulan penyelidik dari kalangan pakar syariah dan ekonomi dari Universiti Teknologi MARA.

Abd Shukor juga berkata jawatankuasa itu turut mengambil maklum mengenai laporan ketirisan perbelanjaan kerajaan seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

Namun, katanya, mereka (jawatankuasa itu) hanya bertanggungjawab dalam memberi pandangan mengenai GST.

Ditanya apakah jawatankuasa itu akan mengeluarkan fatwa baharu jika kerajaan gagal memenuhi syarat yang digariskan, Abd Shukor berkata kerajaan perlu diberi peluang sehingga setahun (laksana GST) sebelum penilaian semula dibuat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori