Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Telefon Microsoft Berspesifikasi...

Microsoft pada tahun ini hanya sekadar memperkenalkan beberapa peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah...

Dua Skim Perumahan Akan...

BESUT - Dua skim perumahan membabitkan 600 unit rumah akan dibina di persekitaran...

‘Rara Ada Nur’ Dibantai...

Gara-gara nak melawak tetapi keterlaluan seorang pengguna Facebook teruk 'dibahan' di laman-laman sosial.Semuanya...

37 Lemas Bot Pendatang...

 AYVACIK (Turki) - Pengawal pantai Turki menemui mayat wanita dan kanak-kanak yang dihanyutkan...

Tun Sakaran Minta Rakyat Semporna Undi Calon BN

KOTA KINABALU – Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai secara terbuka meminta rakyat Semporna agar mengundi semua calon Barisan Nasional (BN) dalam kawasan Parlimen Semporna pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sakaran dalam klip video berdurasi kira-kira satu minit, meminta rakyat Semporna agar mengundi calon Parlimen Semporna Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Datuk Razak Tun Sakaran (calon BN DUN Bugaya) dan Datuk Harman Mohamad (calon BN DUN Sulabayan).

“Gunakanlah segala rahmat yang ada daripada Tuhan ini untuk kebaikan sehingga Barisan Nasional menang dalam PRU ini. Saya juga berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Tuhan beri kemenangan kepada BN,” katanya.

Menurut Sakaran rakyat Malaysia dan Semporna khasnya perlu mengundi BN kerana kerajaan yang diterajui BN ini telah membawa begitu banyak kebaikan kepada rakyat.

Pada PRU14 ini, calon BN Parlimen Semporna Ramlee berdepan dengan penyandang kerusi itu yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan dua calon lain dalam pertandingan empat penjuru.

Anak Sakaran, Nasir pula berdepan satu lawan satu dengan Shafie di DUN Senallang manakala seorang lagi anak Sakaran, Razak berdepan dengan calon Warisan, Manis Muka Mohd Darah dan empat calon lain dalam pertandingan lima penjuru di DUN Bugaya.


Calon BN di Sulabayan, Harman pula berdepan dengan penyandang kerusi itu Datuk Jaujan Sambakong daripada parti Warisan dan dua lagi calon lain masing-masing daripada parti PAS dan Harapan Rakyat.

Sakaran pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan dari 17 Mac 1994 hingga 26 Dis 1994 dan Yang Dipertua Negeri Sabah dari 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002. – BERNAMA

Kategori