Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden Pafa Akhirnya Umum...

AKUR... Tidak sampai 24 jam dilihat bersemuka beri kata dua kepada penyokong di...

Gagal Permohonan Kes Hasutan...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut...

Pertemuan 15 ADUN Dengan...

AYER KEROH - Pertemuan antara semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

“Jangan Keliru, Saya PM...

PONTIAN - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak keliru dengan penipuan...

Mahathir, Isteri Sah Hadir Perhimpunan Agung UMNO 2015

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali (isteri) akan datang,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan ‘Ceria Ke Sekolah’ dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.

Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 perwakilan pergerakan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).


Taklimat presiden pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan diadakan pada sebelah malam, 8 Disember dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.

Tengku Adnan turut menolak desas-desus kononnya terdapat pihak yang mahu membuat kacau sebaliknya melihat kehadiran kumpulan tertentu nanti lebih cenderung untuk memeriahkan suasana perhimpunan.

“Jadi janganlah ada puak-puak yang nak buat cerita atau putar belit mengatakan orang tertentu akan datang untuk ganggu perhimpunan (Agung UMNO) dan saya tak percaya mereka akan membuat kacau,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori