Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Langgan Pelacur Dan Pesta...

Penulis agak terperanjat apabila menerima satu print screen perbualan sebuah kumpulan yang dipercayai...

Zawara Coffee Janji Ubah...

HARI ini heboh apabila sebuah trak milik syarikat kopi terkenal di Malaysia, Zawara...

Sektor Agro Makanan Perlu...

KOTA SAMARAHAN (Sarawak) - Sektor pengeluaran agro makanan negara perlu dibangunkan dengan lebih...

Menteri JPM Pilih Gadis...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, menamatkan zaman dudanya dengan...

Tuan Ibrahim Minta Penyokong PAS Jangan Layan Musuh Islam

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli dan penyokong PAS tidak menghabiskan masa melayani pihak yang marah dengan laungan perpaduan umat Islam disuarakan pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini.

Kata beliau, ahli dan penyokong PAS tidak perlu melayan golongan terbabit kerana dasar dan perjuangan parti itu tiada kena mengena dengan mereka.

“PAS akan terus istiqamah di atas dasar Islam dan bersedia untuk terus duduk semeja dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan isu negara melangkaui sempadan parti politik.

“Sebagai sebuah parti yang besar kita mesti mempunyai jiwa besar bagi menghadapi isu besar ummah dan negara. PAS akan terus menentang kemungkaran yang membahayakan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang diserang hebat ahli dan penyokong Pakatan Harapan di media sosial gara-gara laungan perpaduan umat Islam yang dilaungkan beliau.

Abdul Hadi berkata demikian sewaktu beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama menyertai Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia 2015 di sini kelmarin.


Najib secara terbuka turut menghulurkan salam persaudaraan kepada Abdul Hadi dan perkembangan positif itu dilihat ramai pihak merintis jalan perpaduan antara Pas dan UMNO.

Senario baharu hubungan diantara dua parti terbesar kaum Melayu itu bagaimanapun mengundang keresahan dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan kerana khuatir perkembangan berkenaan boleh menjejaskan usaha mereka merampas pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Tuan Ibrahim menjelaskan, tindakan Presiden PAS berada dipentas yang sama dengan Najib demi perpaduan umat Islam menyebabkan sesetengah pihak menjadi sakit hati. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]T1v6NpmcmN4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori