Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 18 Suspek...

KUANTAN - Polis Pahang menahan 18 suspek termasuk 13 lelaki Bangladesh dan seorang...

Sejarah Politik Masa Lalu...

KUALA LUMPUR - Sejarah politik masa lalu perlu sentiasa diingati kerana terdapat pelbagai kesilapan yang perlu...

Erra Kata Aleesya Sudah...

BARU-BARU ini primadona sinema tanah air, Erra Fazira telah mengadakan party hari lahir...

Persiapan Aidilfitri Musnah, 2...

KUALA LUMPUR - Persiapan awal sebuah keluarga untuk menyambut Aidilfitri tahun ini, musnah...

Tiada Kereta Kebal Di Putrajaya – Panglima ATM

PUTRAJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke Putrajaya seperti yang ditularkan di media sosial.

Panglima ATM, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata perkara itu tidak benar dan hanya merupakan spekulasi dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya sendiri berada di Putrajaya dan aset ATM seperti kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain tiada di sini.

“Apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah laporan berita palsu semata-mata ingin menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya kepada Bernama malam ini.

Raja Mohamed Affandi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai laporan berita palsu sedemikian dan menyemak kesahihan berita yang tersebar di media sosial.

Raja Mohamed Affandi menegaskan orang ramai tidak perlu panik kerana keadaan di Putrajaya ketika ini terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tinjauan Bernama malam ini mendapati memang tiada sebarang aset ATM di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, dan seperti yang dinyatakan Panglima ATM, keadaan di sini terkawal.


Hanya beberapa jalan ditutup dan dikawal polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Rakyat Malaysia mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini, bagi memilih kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan turut menafikan penularan khabar angin menerusi gambar-gambar di media sosial yang kononnya menunjukkan penempatan aset tentera darat dan anggota untuk mengawal di Putrajaya.

Pihak tentera darat memohon agar penularan gambar berkenaan dihentikan segera dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu itu. – BERNAMA

Kategori