Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Pertahan Pelaburan Felda...

NAJIB Razak pertahankan pelaburan Felda dalam syarikat Indonesia, Eagle High Plantations TBK (EHP),...

Selesema Burung: Penduduk Terjejas...

KOTA KINABALU – Penduduk kampung yang ternakan unggas mereka dilupuskan bagi membendung penularan...

Pelajar Kolej Vokasional Kuala...

SEREMBAN - Salah seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti...

Lelaki Dituduh Bunuh 3...

TELUK INTAN - Seorang pekerja penyelenggaraan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari...

PM Thailand Haramkan Media Massa Siar Cerita Thaksin

Gambar Thaksin Shinawatra (tengah) bersama-sama adik perempuannya, Yingluck memegang seekor anak beruang panda di China yang mencetuskan kontroversi di Thailand.

BANGKOK – Junta Thailand pada 3 November mengambil tindakan drastik apabila mengharamkam media massa negara itu daripada menyiarkan sebarang berita mengenai bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra berkuat kuasa serta merta.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, langkah keras itu diambil selepas beberapa gambar menunjukkan jutawan elit tersebut gembira berpelukan dengan seekor anak panda di China menjadi viral menerusi laman sosial di Thailand dalam masa singkat.

“Jangan lagi siar berita Thaksin dan semua orang tahu beliau telah melanggar undang-undang. Tolong jangan buat kami guna kuasa kami,” kata Perdana Menteri, Prayuth Chan-Ocha, yang juga pemimpin majlis tindakan tentera kepada pemberita Isnin.

Ketua junta itu bagaimanapun sudah diketahui umum sering melaksanakan undang-undang sendiri bagi mengekang musuhnya membuat perbincangan politik menerusi laman siber dan forum awam selain kawalan ketat ke aras media cetak dan elektronik.


Komen Prayuth itu menyusul selepas media Thailand secara meluas berlumba-lumba memaparkan gambar-gambar Thaksin memeluk panda kecil ditemani adiknya, Yingluck yang mendapat lebih daripada 280,000 ‘like’ menerusi facebook milik peribadi Yingluck.

Thaksin digulingkan melalui rampasan kuasa tentera pada 2006 dan melarikan diri ke luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas dakwaan rasuah manakala Yingluck turut tumbang dengan cara kontroversi sama pada Mei lalu. – Agensi

— AMREE AHMAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori