Teresa Kok Kembali ‘Gurau Kasar’ Guna Video Sempena CNY

TAK serik dengan kecaman diterima tahun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali menghasilkan video sempena Tahun Baru Cina dalam bentuk satira.

Menampilkan barisan ‘pelakon’ lebih popular, wayang tahun ini dijayakan Pak Samad, Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel, Nurul Izzah, Khalid Samat, Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau, Teresa Kok sendiri dan pelakon pembantu yang membawa watak Kilat Xia.

Fullscreen capture 222015 71654 PM

Walaupun intipati video mahu menjemput penyokong mereka menyertai jamuan besar sempena Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini, pelbagai sindiran dimasukkan di sepanjang durasi 5:08 minit ia berlangsung.

Barisan pembangkang dalam video ini secara jelas berniat mahu menimbulkan rasa marah rakyat apabila setiap dialog direka khas agar menyebut ‘kata kunci’ yang dapat membuka kembali ingatan rakyat pada isu-isu kontroversi yang kebanyakannya telah pun dijawab.

Antaranya adalah ‘overflow’, C4, cincin PERMATA, main golf di Hawaii, shopping naik private jet dan 1MDB.

Fullscreen capture 222015 60548 PM

Setelah diamati video ini dipenuhi sindiran yang sebenarnya adalah taktik untuk menyuntik sentimen benci terhadap kerajaan Malaysia.

Oleh sebab ini adalah video sempena Tahun Baru Cina maka dikhuatiri ia dapat membuatkan masyarakat Cina bersangka buruk pada kerajaan sekaligus membahayakan semangat muhibah antara kaum.

Ini adalah tahun kedua video satira kasar sempena Tahun Baru Cina diterbitkan dan kalaulah ia dibiarkan berterusan maka tak silap kalau dikatakan, ia mampu menyumbang pada perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Hello, dalam banyak-banyak isu boleh dijadikan modal membangkang kerajaan, janganlah sambutan perayaan yang sepatutnya jadi penghubung kemesraan antara rakyat Malaysia pun nak dijadikan modal politik ok!

Apa pun kami tertarik dengan komen-komen terhadap video ini yang turut berbentuk sinikal seperti drama persembahan puak pembangkang juga, antaranya menegur bahawa mereka sepatutnya membuat video untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menunggu keputusan kes liwatnya.

cny2015

Tak kurang juga, ada yang memuji video ini hanya menarik ditonton kerana ada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah yang nampak makin lawa lepas bergelar janda baru-baru ini.

Untuk memastikannya jom layan video di bawah. -MYNEWSHUB

Oleh: Rem Ramzi