Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Teguran Untuk Semua, Bukan...

TINDAKAN bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memuat naik posting memaparkan pandangan pakar...

Masjidil Aqsa: Israel Terus...

PADA 2005 - ketika penulis pertama kali memasuki sempadan Israel melalui Hebron menuju...

Jualan Jam Tangan Swiss...

GENEVA - Operasi pembanterasan korupsi secara besar-besaran di China ternyata turut memberi kesan...

Mahkamah Tolak Mohon Reman...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman ke atas pelakon Datuk...

Mesyuarat SPR Tentukan Tarikh PRK DUN Chempaka

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 18 Februari ini.

SPR berkata, perkara itu akan diputuskan pada satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada tarikh tersebut di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya pada pukul 10 pagi.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 15 Februari 2015 berhubung kekosongan kerusi DUN Chempaka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan PRK DUN Chempaka pada 18 Februari 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan turut membincangkan tentang Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori