Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JDT Lantik Raul Longhi...

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Raul Longhi...

Tak Tahan Suami Kaki...

Kuala Lumpur: Hobi gemar membeli dan menonton cakera padat digital (DVD) lucah menyebabkan...

Lebih 100 Mayat Dikebumi...

GAZA: Seorang penggali kubur di Gaza terpaksa mengebumikan sehingga 137 mayat dalam satu...

Maut Terjatuh Dari Tingkat...

KUANTAN - Seorang pemuda maut setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di...

Tak Tahulah Kalau Saifuddin Masih Melayu – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Saifuddin Abdullah yang menuduh ucapan Perdana Menteri konon melakukan pembahagian politik negara secara perkauman dibidas sebagai tidak berasas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengulas isu itu berkata, di Malaysia parti terbahagi kepada dua segmen sahaja iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta DAP dan parti-parti Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, sepanjang UMNO dan parti BN memerintah negara selama 59 tahun, banyak kejayaan yang telah dicapai sehinggalah pembentukan Malaysia pada 1963 lalu tanpa pernah meminggirkan mana-mana kaum pun.

“Perdana Menteri sebut UMNO dan parti-parti BN telah memerintah negara ini selama 59 tahun sejak merdeka sehingga penubuhan Malaysia pada 1963 dengan penyertaan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Dalam tempoh itu beliau memberitahu kepimpinan parti tersebut telah membawa kejayaan kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum, sama ada pendidikan, ekonomi, sosial, infrastruktur dan pelbagai perkara,” jelas Mahdzir.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada Persidangan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini sebagai menjawab tohmahan liar Saifuddin mengenai ucapan dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan turut menyifatkan dakwaan Saifuddin setelah keluar UMNO dan menyertai PKR sebagai cuba untuk mempertahankan sesuatu perkara di luar norma orang Melayu sendiri.

“Saifuddin berada dalam Pakatan Harapan, Saifuddin berada dalam parti yang bersekongkol dengan DAP. Jadi Saifuddin mengakui itulah perlembagaan DAP, dan kalau itulah dibuat, bermakna itulah kerajaan yang dibentuk.

“Jadi Saifuddin, saya lihat dia sedang mempertahankan sesuatu yang di luar daripada norma orang Melayu sendiri. Saya tidak tahulah kalau dia ini masih lagi orang Melayu,” jelas Mahdzir secara sindiran. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori