Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayaran Haji 2017 Dijangka...

BATU PAHAT - Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengekalkan bayaran haji setiap jemaah...

147 Ketua Bahagian UMNO...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 147 Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara mendesak Majlis...

Rumah Ngeh Koo Ham...

KUALA LUMPUR: Kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Parlimen...

Kanak-Kanak Dibiar Tendang Kepala...

Syria – Sekeping gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak menendang kepala seorang askar, dipercayai...

Tak Mustahil Malaysia Ditadbir PM Wanita – Tun M

Mengambil kira dominasi dan keterhadapan golongan wanita pada masa kini, maka tidak mustahil andai suatu hari nanti Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita.

Ujar figura yang dikenali sebaga bapa pemodenan Malaysia itu, perlembagaan Malaysia juga tidak menghalang negara diterajui dari golongan hawa selagi ia mendapat sokongan majoriti rakyat.

Tiada dalam perlembagaan yang menghalang seorang wanita daripada menjadi perdana menteri,” kata Tun Mahathir Momahad dalam satu program, ‘The Women Extraordinaire Forum 2014’.

Sekiranya wanita tersebut mendapat sokongan majoriti daripada rakyat ataupun majoriti, tidak menjadi satu halangan.”

Tun Mahathir menyifatkan situasi kini sudah berubah kerana golongan wanita telah mengalami anjakan. Hari ini, golongan tersebut sudah berada dalam peringkat pengurusan dan berpendidikan lebih tinggi daripada lelaki.

Sekarang, kita lihat lebih ramai wanita dalam pengurusan, setiap kementerian ada wanita. Malah, lebih jelas lagi, lebih banyak wanita berbanding lelaki di universiti.”


Dalam sesuatu universiti, kadang-kadang ada 70 wanita dan hanya 30 lelaki, ini menunjukkan dengan jelas wanita memainkan peranan lebih penting daripada lelaki. Lelaki sekarang kurang berpendidikan berbanding wanita.”

Tambahnya lagi, wanita lebih berintegriti daripada lelaki. Justeru, tugas yang perlu berhadapan dengan unsur rasuah perlu diberi kepada wanita. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori