Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kuchai Lama Adu...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 penduduk Jalan Kuchai Lama menghadapi kesukaran untuk keluar...

“Hari Baharu, Kehidupan Baharu”

SINGAPURA - "Perjalanan ke lapangan terbang adalah metafora. Saya menjemputnya dalam kegelapan. Dia...

Jangan Percaya Sindiket Tawar...

MARANG – Orang ramai diminta tidak mudah percaya dengan sindiket yang menawarkan perkhidmatan...

Geng Koki Diberkas, 7...

PETALING JAYA - Polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di sekitar negeri...

Tak Akan Ada Rombakan Jawatan Menteri Besar – Zahid Hamidi

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan khabar angin yang bertiup kencang mengatakan satu rombakan bakal dibuat terhadap jawatan Menteri Besar di beberapa buah negeri, tidak lama lagi.

Dakwaan itu timbul tak lama selepas perubahan jawatan dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan tersingkirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan dan tiga menteri lain.

Antara nama-nama MB yang menjadi sebutan untuk ditukarkan adalah MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, MB Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Zahid Akui Hubungi Muhyiddin, Jamin Tidak Tangkap

Mukhriz Mahathir merupakan antara nama MB yang dikatakan akan diturunkan
Mukhriz Mahathir merupakan antara nama MB yang dikatakan akan diturunkan

Zahid yang bertegas tidak mahu mendahului Perdana Menteri berkata, spekulasi tersebut sememangnya tidak wujud dan menggesa supaya ia dihentikan.

Memetik kenyataan beliau dalam laporan Astro Awani, “Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri di dalam perkara ini (mengumumkan kedudukan mereka) tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan ataupun sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya.


“Jangan ada perasaan di dalam hati pemimpin berkenaan untuk rasa mereka akan diketepikan.”

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kesemua pemimpin UMNO di semua peringkat untuk terus mengekalkan kesetiaan dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri tanpa risau akan kedudukan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Tiga MB Tidak Akan Digugurkan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori