Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: ‘Prank’ Isteri Cakap...

TINDAKAN prank adakalanya boleh mencetuskan amarah, namun prank yang berlaku kepada wanita bernama...

Nostalgia: Penyanyi ‘Selimut Putih’...

ENTAH kenapa tiba-tiba penulis teringat pula beberapa lagu nasyid lama semasa zaman jadi...

3 Rakan Berdepan Hukuman...

MELAKA : Tiga sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah...

Tidak Sampai Dua Jam,...

KEMAMAN - Tadi masa sibuk mengemas rumah, air di luar paras buku lali,...

Surat Berkaitan Projek Ternak Babi Di Kuala Langat Tersebar

Di Selangor, difahamkan ada cadangan untuk menjadikan kawasan Ladang Tumbok dalam Mukim Baru Laut di Kuala Langat, sebagai lokasi penternakan babi secara moden di Selangor.

Maklumat berkenaan hal ini diketahui melalui penyebaran sepucuk surat jemputan untuk menghadiri sesi Pembentangan Kertas Cadangan Pelaksanaan ‘Modern Pig Farming’ di lokasi berkenaan, yang dijadualkan berlangsung pada Selasa lepas.

Cadangan itu dikatakan akan dilaksanakan oleh dua buah syarikat.

MENARIK – Kenapa Islam Larang Jamah Babi? Ini Jawapannya

Difahamkan ketika zaman pentadbiran Menteri Besar Selangor sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri tegas menghentikan projek ternakan babi secara moden bagi menjaga sensitiviti masyarakat Islam di Selangor.

Bagaimanapun tidak diketahui sejauh mana perkembangan cadangan ini, apabila Selangor ditadbir oleh Mohamed Azmin Ali yang menggantikan Abdul Khalid, sekarang.


SuratBabi_1

Penyebaran surat di atas, difahamkan sudah mula mencetus kerisauan dalam kalangan penduduk umat Islam di Selangor ekoran risiko pencemaran yang mungkin akan berlaku jika ia jadi kenyataan.

Ekoran itu, eloklah kiranya Mohamed Azmin selaku MB Selangor membuat penjelasan berkenaan cadangan menjadikan negeri itu hub ternakan babi di negara ini.
MYNEWSHUB.CC

Video Ternakan Babi Di Sabah 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori