Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bertekad Teruskan Agenda...

Kerajaan Malaysia akan terus bertekad untuk meneruskan agenda transformasi negara, yang memerlukan komitmen...

‘Tiada Tajuk’ Judul Filem...

PENYANYI dan pelakon Mawi mengumumkan Tiada Tajuk sebagai judul filem pertamanya yang bakal...

Amri Yahyah Dilantik Kapten...

PEMAIN bola sepak berpengalaman, Mohd Amri Yahyah hari ini dilantik sebagai kapten Harimau...

KTMB Tawar Diskaun Tambang...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang murah sebanyak...

Suhaizan Saran Ahli Letak Jawatan Jaga Maruah PAS!

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menyarankan supaya ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang meletakkan jawatan segera.

Beliau yang disingkirkan daripada jawatan itu dalam pemilihan PAS baru-baru ini berkata, langkah tersebut bagi menjaga maruah PAS daripada terus dipandang serong rakyat Pulau Pinang.

“Eloklah sahabat-sahabat kita di Pulau Pinang mengikut jejak langkah bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meletakkan semua jawatan dengan kerajaan Pulau Pinang secara suka rela.

“Ini bagi menjaga maruah PAS daripada terus dipandang serong oleh DAP dan rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Suhaizan meminta Majlis Syura Ulama menyegerakan keputusan usul peletakan jawatan itu kerana ia melibatkan maruah dan perasaan ahli PAS yang memegang jawatan di Pulau Pinang dan Selangor.

Dalam pemilihan PAS 2015, Suhaizan ditewaskan selepas majoriti perwakilan memilih Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Pemuda PAS yang baharu.


Suhaizan tewas berikutan ramai ahli PAS tidak bersetuju dengan pendirian beliau yang mesra pakatan rakyat berbanding Nik Mohamad Abduh yang dianggap sebagai pro kerajaan perpaduan.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam menegaskan peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan.

Beliau dipetik berkata, peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak dapat dielakkan berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-61 untuk menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan usul yang diluluskan tanpa sebarang perbahasan itu, wakil PAS di Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan melainkan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri dan agensinya, termasuk anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti,” kata Guan Eng. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori