Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

STB Anjur Pelancongan Berasaskan...

KOTA KINABALU - Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan mengadakan Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti...

Rafizi Dijel Bocor Info...

 "Malaysia penjarakan ketua pembangkang kerana membocorkan butiran Laporan Audit berkaitan dengan 1MDB".Itulah yang...

PM Ucap Takziah Pemergian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan...

Azmin Bakal PM Ke-8,...

DEDAH... Baru-baru ini netizen tempatan gempar dengan kisah seorang penilik wanita di Thailand,...

Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP

KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan.

Beliau berkata, pengenalan identiti agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia konon merupakan satu diskriminasi yang perlu dielakkan.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada keputusan progresif yang dibuat oleh beberapa negara Islam lain.

“Ini adalah dalam pematuhan kepada kedudukan dasar yang menjamin setiap warganegara kesaksamaan di bawah undang-undang dan juga untuk mengelakkan diskriminasi atas alasan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zairil berkata, agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu yang tidak boleh diputuskan oleh birokrasi.


Katanya, adalah tidak masuk akal seseorang itu disahkan sebagai Muslim jika mereka tidak lagi beriman dengan Islam.

“Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menganut agama yang berbeza. Pandangan ini selaras dengan hak kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Negara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori