Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Mohon Kes...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran...

ERC Sasar Syor Penambahbaikan...

PUTRAJAYA - Bidang kuasa pendaftaran dan kawal selia parti-parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan...

B’Frenz Program Elit Pasarkan...

SETELAH empat bulan melancarkan pakej iklan murah melalui Bazar Ramadan & Syawal, TV AlHijrah...

Dalang Rompakan Kim Kardashian...

PARIS - Dalang rompakan barang kemas bernilai jutaan ringgit milik bintang realiti televisyen, Kim...

SST Bebankan Rakyat, Rugikan Negara – Najib

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menyebabkan pengurangan dalam pendapatan dan perbelanjaan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri berkata, kesan pelaksanaan SST juga akan menjejaskan infrastruktur rakyat.

“Itu sebabnya bantuan rakyat dikurangkan dengan ketara, termasuk kenaikan gaji tahunan khas bagi penjawat awam tahun ini.

“BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pun dikurangkan kadar dan jumlahnya, pegawai dan penjawat ditamatkan kontrak,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, GST diperkenalkan untuk melonjakkan ekonomi negara.


“Kita berbalik pada tujuan asal GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) diperkenalkan dan untuk meningkatkan bantuan kepada rakyat.

“Ada empat kebaikan GST iaitu meningkatkan hasil negara, sekali gus boleh membantu rakyat dari segi peningkatan. Ia juga sebagai penampan jika berlaku kemelesetan ekonomi.

“Selain itu, GST menambah daya saing kepada negara kerana berpeluang meningkatkan pelaburan. Tiga tahun dulu harga sudah stabil, sebab itu kita kenaikan GST, jadi tiada soal kenaikan harga,” katanya. – BH Online

Kategori