Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy Sahkan Rakaman...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan...

4 Terbunuh, 4 Cedera...

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan empat lagi cedera apabila lelaki bersenjata tidak...

Sarawak Anjur Sukan Perpaduan...

KUCHING: Sukan Perpaduan 2023 antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Belia,...

Pembangkang Mahu Menang Kerusi,...

PUTRAJAYA - Sikap segelintir pemimpin pembangkang yang sering berpindah kawasan setiap kali Pilihan...

Kes Tun Daim, Naib Presiden PKR Dipanggil ‘Mengadap’ SPRM

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan seorang pemimpin kanan parti itu dipanggil bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengahari semalam.

Laman Facebook rasmi PKR memberitahu, pemimpin PKR terbabit adalah Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu siasatan kes bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Shamsul Iskandar bersama Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh (berada) di SPRM Putrajaya tengahari (semalam). Shamsul Iskandar dipanggil untuk siasatan berhubung kes Tun Daim,” kata laman Facebook itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa mempunyai bukti terhadap kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan pada 1998 yang ketika itu dipegang Daim.


Anwar, setelah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1997, pernah mendakwa mempunyai fail dokumen rasuah terhadap beberapa pemimpin namun sehingga kini beliau gagal kemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dipetik berkata, SPRM bersedia menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan sekali lagi dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya bekerjasama dengan agensinya. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=d9g7AUOAt5k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori