SPRM Kena Jelas Isu Pegawai Gred 54 Ada RM29 Juta

1. SPRM dan bosnya Datuk Seri Shukri wajib mendedahkan benarkah seorang Pegawai gred 54 iaitu Norhartaty Rahmat yang dilaporkan memiliki wang dalam akaunnya sebanyak RM29 juta telah dilepaskan daripada sebarang pertuduhan?

2. Norhartaty adalah bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau ditahan reman pada 6 Oktober 2017 kerana disyaki terlibat melakukan penyelewengan dana awam sebanyak RM1.5 bilion untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah. Ketika itu Menterinya ialah Shafie Afdal yang kini adalah Ketua Menteri Sabah.

3. Persoalannya betulkah dalam akaunnya ada RM29 juta? Bagaimana Pegawai gred 54 ada RM29 juta dalam akaunnya? Kalau benar, tidakkah itu pelik? Dari mana sumbernya. Kenapa tidak disiasat menggunakan akta AMLA?

4. Kalau benar kes itu telah ditutup maka kredibiliti Kerajaan Malaysia Baru akan tercalar kerana Norhartaty seperti yang dilaporkan sanggup menjadi saksi jika Shafie Afdal didakwa.

5. Kalau benar SPRM di bawah Malaysia Baru tegas membenteras rasuah, maka tolong tampil sebagai “anak jantan” dan buat penjelasan apa jadi pada kes tersebut. Betulkah Norhartaty tidak akan didakwa demi menyelamatkan Shafie?

Mohd Puad Zarkashi
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat
11.7.2018

Loading...