Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minum Banyak Air Putih,...

KANGAR - Orang ramai dinasihat mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten...

Tiada Pingat Acara 3M...

GOLD COAST - Hasrat untuk menambah kutipan pingat dalam acara terjun lebur hari...

Bainun ‘Naik Hantu’ Selepas...

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali 'naik hantu' dan...

Akibat Banyak Anjing, Tikus...

SINGAPURA – Lebih sedozen pegawai pemusnah haiwan liar daripada sebuah syarikat kawalan serangga...

SPR Tunggu Makluman Kekosongan Kerusi DUN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas selepas memnerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini, berkata SPR mengambil maklum akan pengumuman pemergian Adenan.

“SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian itu dan kekosongan luar jangka kerusi DUN Tanjong Datu,” katanya.

Mohd Hashim berkata sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa.


Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2006 dan sebelum ini merupakan Anggota DUN Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung yang dialaminya. – BERNAMA

Kategori