Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LHDN Buru Jho Low,...

KUALA LUMPUR - LHDN difahamkan kini turut memburu Jho Teck Low dan 4...

Jenazah Harun Salim Bachik...

JENAZAH pelawak terkenal, Allahyarham Harun Salim Bachik selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi...

Paderi Digantung Kerja, Pakai...

JUALAN "hands-free Segway" tiba-tiba menjadi popular dan mengalami peningkatan mendadak pada tahun ini. Alat peluncur beroda ini popular...

Tindakan Intervensi Kanak-Kanak, Tangani...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tindakan...

SPR: 2 Ahli Parlimen DAP, 7 Pengundi Gagal Merayu

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempadanan semula itu merupakan tindakan yang tidak mengikat mana-mana pihak dan oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Beliau menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukakan dua anggota Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Ryuan, yang tidak menyebelahi mereka berhubung semakan semula kehakiman.

“Kami berpendapat SPR telah mematuhi dan berpegang tepuh pada prinsip yang termaktub dalam Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan,” kata Raus, yang bersidang bersama-sama hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Aziah Ali.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan mewajibkan SPR mengemukakan satu laporan kepada Perdana Menteri seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 8 Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Raus berkata kesudahannya, terserahlah kepada Dewan Rakyat sama ada meluluskan laporan yang dikemukakan SPR itu.

“Perlembagaan Persekutuan memberi amanah kepada Dewan Rakyat, yang merupakan badan sewajarnya, untuk membuat keputusan tentang persempadanan kawasan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata adalah menjadi tugas mahkamah untuk menjunjung tinggi dan mematuhi peruntukan yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata Raus, sekiranya SPR memenuhi semua peraturan dan prinsip yang ditetapkan, mahkamah tidak boleh menceroboh hal berkaitan urusan persempadanan kawasan pilihan raya, jika tidak, ia (mahkamah) akan dilihat menceroboh fungsi badan lain yang telah diberi mandat oleh Perlembagaan Persekutuan.


Beliau berkata pemohon tidak boleh diberi kebenaran untuk merayu kerana persoalan undang-undang yang mereka cadangkan, tidak memenuhi peruntukan mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Kes pertama melibatkan tujuh pengundi dari Melaka, yang tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan Parlimen dan DUN oleh SPR selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada mereka untuk memulakan semakan kehakiman.

Tujuh pengundi dari kawasan Parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil itu memfailkan permohonan bagi memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan SPR untuk melaksanakan urusan itu yang mereka dakwa melanggar perlembagaan.

Mereka ialah Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan.

Satu lagi kes melibatkan dua Anggota Parlimen DAP iaitu Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran dan Anggota Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, yang dinafikan kebenaran oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan SPR melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya mereka.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Chan berkata dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, mahkamah tidak mempunyai kuasa mendengar kes melibatkan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dan Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk memutuskan sama ada cadangan SPR untuk melaksanakan urusan itu adalah mengikut perlembagaan. – BERNAMA

Kategori