Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

CAP Sokong Larangan Merokok...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong penuh langkah Kementerian Kesihatan...

Bisnes Makin Stabil, Ashraf...

KEBELAKANGAN ini dapat dilihat pelakon Ashraf Muslim sudah semakin aktif dalam bidang lakonan...

Bukan Islam Muktamad Tak...

PUTRAJAYA - Muktamad... Mahkamah Persekutuan pada Khamis memutuskan bahawa peguam bukan beragama Islam...

Rumah Sewa Koperal Dibaling...

SEORANG anggota polis berpangkat koperal mengalami kerugian kira-kira RM60,000 selepas bahagian hadapan rumahnya...

Sokongan Kaum Cina Kepada BN Semakin Meningkat

SEREMBAN – Sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin bertambah sejak kebelakangan ini berdasarkan kaji selidik MCA yang dibuat setiap bulan di kawasan berbeza, kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Katanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan lalu, kaum Cina menunjukkan sokongan konsisten sekitar 30 dan 35 peratus berbanding 15 hingga 20 peratus sebelum ini dan antara faktor penyumbang ialah orang Cina tidak lagi percaya kepada kemungkinan menukar kerajaan.

“Selain itu, sudah dua penggal (2008 dan 2013) orang Cina memberi sokongan padu kepada DAP tetapi nampaknya anggota parlimen dan dewan undangan negeri mereka tidak boleh ‘deliver’ (tunaikan janji).

“Kebanyakan prestasi wakil rakyat mereka menghampakan. Mereka gagal untuk ‘deliver’ serta tidak pernah turun padang dan tidak pernah membantu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chong sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 33 jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) kawasan Parlimen Seremban.


Turut menerima sumbangan ialah Persatuan Ketua Kampung Daerah Seremban.

“Nasihat saya pada masyarakat Cina atas pagar supaya tidak mudah percaya dengan hasutan DAP dengan menyatakan bahawa kini sudah adanya tsunami Melayu menentang UMNO dan BN.

“Yang pasti rakyat sudah tidak ada keyakinan terhadap pakatan (pembangkang),” katanya. – BERNAMA

Kategori