Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rancangan K’jaan Negeri Tubuh...

ISKANDAR PUTERI - Barisan Nasional (BN) Johor berpendapat rancangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan...

Nooh Gadut Nyaris Jadi...

JOHOR BAHRU - Jangan terkejut, bekas mufti Johor, Datuk Dr. Nooh Gadut bukan...

PBT Di Perak Diarah...

IPOH - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak, terutama Majlis Bandaraya Ipoh, sudah...

Polis Tahan Lelaki Langgar...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang penunggang motosikal semasa mendapatkan rawatan di Hospital...

Sokongan Dalam Politik Tak Boleh Dibahagi Dua

SIK – Anggota UMNO perlu menetapkan pendirian setia kepada parti dengan tidak menjadi golongan atas pagar kerana sokongan dalam politik tidak boleh dibahagi dua, tegas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata terdapat segelintir anggota UMNO yang menggunakan alasan hormat dan terhutang budi untuk memberikan sokongan kepada bekas pemimpin parti sehingga wujud perasaan berbelah-bahagi.

“Kena buat pilihan, tidak boleh berada di atas pagar… kita ahli UMNO mesti sokong pemimpin UMNO sepenuh jiwa dan raga kita,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Katanya walaupun tidak menafikan jasa bekas pemimpin tersebut namun tindakan mereka menubuhkan parti baharu jelas memberi isyarat bahawa mereka ingin melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Walau bagaimana hebat dan popularnya seseorang pemimpin itu, namun tanpa parti yang kuat, ia hanyalah sia-sia sahaja. Dalam politik tiada tempat untuk pemain individu, yang bergerak tanpa parti. Perlu ada gandingan hebat parti dan pemimpin,” katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga menteri belia dan sukan turut mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk kemudahan sukan di daerah Sik.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yakin Perlis akan terus menjadi kubu kuat BN kerana rakyat sedar setiap perkembangan dan perubahan menuju kemajuan di negeri ini adalah hasil usaha kerajaan BN.


Shahidan yang juga menteri di jabatan perdana menteri berkata bagaimanapun UMNO dan BN negeri tidak mudah alpa dan selesa, malah berterusan mempersiapkan jentera dengan sebaiknya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Buat masa ini semua UMNO bahagian sedang giat mengemas kini senarai daftar pemilih yang dijangka siap selewat-lewatnya hujung bulan ini, selain terus memantapkan strategi dan kekuatan jentera dan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar di Padang Besar hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahidan mengingatkan anggota parti agar membuang jauh sikap dan perasaan merajuk kerana perbuatan tersebut hanya akan merugikan diri sendiri dan parti.

“Rasa tersentuh itu perkara biasa apabila kita berada di dalam sebuah kumpulan, tetapi apa yang penting jangan diikutkan perasaan … sentiasa mencari ilmu, berlapang dada,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori